8 bulan

Demam Raya masih berlarutan. Tak habis lagi berhari raya. Selepas ini bersiap sedia untuk open house sana sini. Diam tak diam dah masuk hari ke 11 Syawal. Cerita berhari raya di Terengganu akan dikarang dalam n3 lain. Kali ini nak cerita pasal Cik Fiqah yang dah genap berusia 8 bulan.
 
Fiqah dah lulus lesen meniarap, sekarang tengah belajar nak merangkak.
Beginilah aksi-aksinya setiap hari.
 
 1. Luruskan tangan, angkat kepala pandang hadapan.

2. Luruskan kaki, angkat badan,betulkan posisi di keadaan selesa.

3. Dah angkat satu badan, boleh pandang hadapan. Goyang-goyang-goyang.

Masih lesen L lagi. Tapi memang bila letak atas toto, kejap jer dah menjalar atas lantai. Fiqah makin kenal orang dan perkara paling kerap dilakukan sekarang ialah MENANGIS. Kalau masa 6 bulan pertama susah dengar suaranya menangis, sekarang ini tak boleh kena tinggal seorang. Terus menangis nak dukung. Susah mama nak bergerak dalam rumah. Kalau boleh dia nak mama nya duk melayan dia. Dah macam dalam pantang pula.
 
Fiqah masih fully BF. Susu pun masih mencukupi untuk bekalan Fiqah. Cumanya stok frozen EBM makin berkurangan kerana banyak digunakan ketika bulan puasa tempoh hari. Insyaallah, harapnya rezeki susu Fiqah tidak akan putus untuk meneruskan target saya yang tinggal 1 tahun 4 bulan. Lagipun Fiqah dah pandai makan, jadi tidak bergantung sepenuhnya kepada susu ibu.

Comments

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

28 Minggu