Salam Aidilfitri


Bergema takbir di subuh yang hening
Tandanya Syawal menjelang lagi
Aidilfitri hari bahagia
Bersyukur kerana dipanjangkan usia

Tua dan muda miskin dan kaya
Tak kira apa jua bangsanya
Hulurkan tangan mari bermaafan
Rapatkan ukhwah ikatan iman

Dalam riang menyambut hari raya
Jangan dilupa pada mereka yang tiada
Hulurkan bantuan sertakan doa
Agar bahagia hati mereka
Jangan dicerca jangan dihina
Itu bukan budaya kita

Ingatlah kita hanya hambaNya
Banyakkan syukur pada yang Kuasa
Dunia ini tak kekal lama
Akhirat jua kekal abadi


Comments

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

28 Minggu