Berbuka Puasa

20 Ramadhan 1433 Hijrah
Telah sampai ke penghujung 10 malam terakhir Ramadhan tahun ini. Makin kurang sedikit lemak-lemak di badan saya. Dan harapnya makin bertambah amalan sebagai bekalan menghadap-Nya nanti.

Minggu lepas seperti dirancangkan, hari Sabtu ahli keluarga saya berkumpul di rumah saya. Cuma kakngah yang tak dapat join sebab ada Majlis berbuka puasa di tempat kerjanya. Ayah dan umi datang seawal jam 2.30 petang. Sekali dengan maksu. Along sekeluarga datang sebelah petangnya.

Umi bawa laksam dan rendang rabbit. Kaklong pula bawa gulai daging rusa dan popia goreng. Tuan rumah masak ayam goreng, sup sayur, agar-agar dan kek pelangi. Rendang rabbit kurang mendapat sambutan. Hanya saya dan kaklong yang makan sedikit. Nampaknya, umi sahaja yang gemar makan masakan eksotiknya. Raya ini harapnya menu rendang rabbit tidak disenaraikan dalam juadah di pagi raya. Hi2. Apapun, terima kasih pada kaklong dan umi yang bawa juadah untuk berbuka bersama.


Fina-Kak Ya-Anya yang paling seronok sebab dapat main bersama-sama. Lepas berbuka puasa, main bunga api dengan rumah sambil dilihat oleh atuknya di tepi pagar.

Lebih kurang pukul 10 lebih, ayah dan umi balik ke kampung. Dan along pula menyusuli selepas itu. Fina macambiasalah, sebelum bagi papa & mama balik, kena bawa dia round sekali baru dia tak menangis nak ikut.


Comments

  1. memang selalu kono paw seround bilo nak balik...!
    huhuhu!

    ReplyDelete
  2. dah diajar an dari kocik..ha2..kang melalak setaman susah lak nak pujuk. skrg ni kalau kat jalan nampak keta TC, dia ckp, keta papa lah mama..hi2..

    ReplyDelete
  3. hhmm.. cam ada harapan je rendang rabbit frozen jd hidangan pagi raya. as per turn aku sebelum ni, pagi raya lauk organ2 dalaman sajork! turn koram je lauk meriah uols...

    haih.... bila la TC nk mencemar duli jejak bumi lembah... kehkehkeh!!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

28 Minggu