F&F

Peace :) bibi iikaaah, engok mama..

bibi, bibi, engok sane..


Tengok tu, Fiqah memang suka ikut cakap akak Fina dia.

Fiqah minggu ini dah angkat-angkat muntut nak merangkak. Tergelak-gelak Fina bila tengok adik dia buat gitu. Asyik gear reverse jer. Letak kat atas toto, kejap jer dah sampai ke lantai. Tidur pun lasak. Beralih jer, kejap melintang, kejap ke bawah, bila saya tersedar, cari Fiqah tengok dah tak ada kat sebelah. Pandai sebut ma-ma-ma..Wah, terharu saya, pandai sebut mama dulu. Lepas ni, belajar sebut ba-ba-ba pula. Suka geleng-gelengkan kepala dan bengkokkan kaki nak bertimang.
List baju raya untuk F&F dah selesai. Cuma nak carikan kasut pula. Minggu depan dah start cuti raya hari Jumaat. Khamis malam kami bergerak pulang ke Setiu.

Comments

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

28 Minggu