Perkongsian

Salam 21 Ramadhan,
Perkongsian dari apa yang saya pernah dengar. Peringatan untuk diri sendiri.
  • Sebelum tidur, maafkan semua orang. Tidak rugi kita maafkan orang lain walaupun ia amat sukar. Tetapi percayalah, kita akan rasa lebih gembira dan bahagia apabila memaafkan orang lain.
  • Belajar mengawal kemarahan. Kemarahan diibaratkan dinding yang dipaku setiap hari yang meninggalkan kesan walaupun paku tersebut telah dicabut. Sebanyak mana kita paku, sebanyak itulah kesan yang tinggal di dinding. Maknanya, jika kita marah pada orang, sedikit banyak kesan marah itu akan terkesan dalam hati orang lain walaupun kita sudah melupakannya. Belajarlah bersabar dan mengawal amarah.
  • Banyakkan bersedekah. Kita tidak akan membawa walau satu sen pun wang yang kita kumpulkan ketika hidup. Semuanya akan ditinggalkan. Tetapi kita akan membawa ganjaran pahala yang kita dapat ketika kita bersedekah.  Duit akan terasa sangat besar nilainya jika disedahkan, tetapi terasa kecil nilainya apabila dibelanjakan membeli sesuatu berdasarkan kehendak. Tidak salah untuk belanjakan sedikit wang sebagai saham kita di akhirat. Tidak perlu terlalu mengejar saham di dunia kerana kadangkala apa yang kita simpan, entah-entah tidak sempat kita gunakan ketika kita masih hidup. Percaya atau tidak, apabila kita bersedekah, rezeki kita akan bertambah dan tidak berkurang. Rasa cukup dengan rezeki yang sedikit dan rasa syukur dengan rezeki yang banyak.
Wallahualam.

Comments

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

28 Minggu