Cepatnya masa berlalu

Gambar ni ketika Fina berusia 1 bulan setengah. Time ni kami ke Klinik Liew di Seremban kerana Fina selsema dan nafasnya berbunyi. Kena sedut hidungnya sebab banyak kahak berkumpul di paru-paru.

dan inilah Fina sekarang. Bila selsema selamba je. Sekejap dah elok. Apa yang sama bila selsema hidung Fina pasti 'bersarang'. Dah semakin besar anak mama. Rasa cepat sungguh masa berlalu pergi.

Di usia Fina 1 tahun 5 bulan Fina dah pandai :
Tolong saya untuk ambik barang. Kalau suh ambik benda-benda yang dia tahu, cepat je dia pi ambil. Boleh harap dah anak dara mama nih.
Lepas makan nak angkat pinggan bawa ke dapur dan basuh tangan.
Tau jadual hariannya bila saya pergi keja. Pagi-pagi hantar ke rumah kaklong aka pengasuh Fina, lepas tu time balik masuk je kereta terus minta nen.
Kalau dah sudah BF, Fina akan tutup/tarik semula baju saya.
Sekarang time saya masak kat dapur, dia akan buka kabinet dapur ambil mangkuk/jag air/pinggan/bekas blander dan main masak-masak.
Malam sebelum tidur, akan suruh baba gosok belakang badan dia sampailah dia tertidur.

Comments

  1. byk dah yg Fina pandai buat, sy pun sama lps hbs bf, Danies mesti tarik baju konon nak tutup blk la tu...haha

    di dapur pun sama, danies kaki memunggah sgala pinggan/cwn/blander & bt2 nak masak, kalu Fina main msk2 xpe gak sbb gegurl tp Danies tu boboy...hish! tak sesuai la..hehehe..apa2 pun anak2 ni layankan aja..

    ReplyDelete
  2. sebaik idung fina tak ikut idung dr.liwe tu...

    hihihi..!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

28 Minggu

Fina @ klinik Kesihatan Semenyih, Kajang..