Terima kasih

Lama tak update blog.
Alhamdulillah, kami sekeluarga telah kembali sihat dari demam. Fina pun kembali aktif bermain dan tidur nyenyak pada malamnya. Kalau tidak, 3-4 malam bangun tengah malam menangis. Mungkin gusinya sudah boleh menerima gigi-gigi geraham yang tumbuh serentak itu. Bercerita tentang Fina, insyaallah, minggu ini adalah minggu terakhir saya menghantar Fina ke rumah kaklong aka pengasuh Fina. Genap 2 tahun kaklong menjaga Fina. Dari Fina berusia sehari, dengan kulit yang berkedut-kedut hinggalah Fina sudah pandai berlari sekarang. Masa saya dalam pantang, kaklonglah yang menjaga saya dan Fina. Memandikan Fina sehingga saya pandai menguruskannya sendiri. Dari guna besen biru kecil hingga ke besen kuning besar. Dan sekarang Fina sudah pandai mandi sendiri.
Memang banyak jasa kaklong terhadap saya. Terima kasih yang tidak terhingga kerana telah mengasuh Fina selama ini. Mohon halalkan semuanya. Ada yang terkurang dan terlebih, hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

28 Minggu