Check up Fina
D ah 2 tahun pun ada checkup lagi ke? Sebenarnya memang ada pemeriksaan kesihatan biasa secara berkala di Klinik-klinik Kesihatan yang disediakan oleh Kerajaan. Bila dah 2 tahun, Fina dah habis semua suntikan imunisasi. Khamis lepas, kami ke Klinik Kesihatan Kajang. Tempat tumpah darah Fina masa dalam hari - kene cucuk ambil darah sebab kuning. Kejap jer dah 2 tahun berlalu. So, kali ini datang untuk timbang, ukur tinggi dan jumpa nurse sahaja. Berat Fina turun dari 13kg ke 11 kg sekarang. Mungkin dah semakin tinggi dan aktif. Tapi masih dalam graf pertumbuhan pembesaran yang baik. So, tak risau sangat lah. Lagipun Fina sekarang kuat selera makan. Selainnya nurse nasihatkan untuk beri diet makanan yang seimbang. Dibekalkan juga dengan ubat elakkan cacing. Tak beri lagi, taulah kalau ubat memang payah Fina nak makan. Fina dah pandai cakap:- pe tu ma = ape itu mama? pe nye ni = siapa punya ini? nak tu = nak itu. nak num = nak minum nak akan = nak makan nak andi = nak mandi yeay lah = yea...