Fina 2 tahun

Fina hujung minggu ini dah nak masuk 2 tahun 1 bulan.
Dah makin tinggi dan semakin slim jika dibandingkan zaman-zaman kegemilangannya 'membesar' setahun yang lalu seperti gambar dibawah ini:)
^
^
^
^
^
Masa Fina 10 bulan.
Perkembangan Fina sekarang:-
  • Bila cakap nak pergi sekolah, terus tangan tunjuk kat belakang badan sebut beg-beg. Maksudnya, pergi sekolah kena bawa beg. Padahal mama dia yang hari-hari bawakan beg dia.
  • Pergi taska -hantar berdukung, balik berdukung. Tak nak jalan sendiri.
  • Bila tengok iklan yang ada makanan/minuman seperti coklat ke, jajan, aiskrim cakap dengan saya - ma, nak tuu... diterjemahkan - mama nak itu. Dan mama dia akan beri jawapan standard - nanti kita beli ye! Tapi tak beli-beli pun.
  • Kuat makan. Bila makan, selalunya habis. Bagus2..Mama pun suka fina kuat makan.
  • Tidur awal sekarang. Jam 9 lebih paling lewat untuk tidur. Penat main-main kat taska waktu siang.
  • Walaupun dah 2 tahun, masih mahukan susu ibu sahaja. Tak tahulah bila nak berhenti. Saya pun malas nak fikir. Tunggu sahaja masanya tiba.

Comments

  1. dah besar dah Fina....masih montel lagi.....cute

    ReplyDelete
  2. zakilah: bila dah besar, rindu zaman baby nya pula..

    ReplyDelete
  3. a ah kan....di mata seorang ibu, anak dia sentiasa baby.....erm.....

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

Fina @ klinik Kesihatan Semenyih, Kajang..