15 January 2011

Mana Minyak

Pagi Sabtu yang mendung. Cuti-cuti seharusnya menjalan rutin wajib - mengemas rumah. Lepas settle sidai baju, terus keluar ke pekan Semenyih. Baba Fina pagi ini ada exam lagi. Jadi, keluar berdua bersama Fina.

Hajat utama untuk mencari minyak masak. Kat rumah memang dah habis langsung. Bila orang sibuk beli minyak banyak-banyak untuk buat stok, saya tak ambil kisah pun. Tapi bila dah 2-3 hari bila minyak masak dah habis, cari kat pasaraya-pasaraya, memang susah nak jumpa. Barulah saya terasa tempiasnya, masalah ini memang membebani pengguna waktu sekarang.

Kalau ke pasaraya besar dan kecil, banyak yang tinggal stok minyak jagung. Saya ke Mydin Mart Semenyih, tak ada stok minyak. Terus ke Econsave di sebelahnya. Ada minyak, tapi botol kecil 1kg dan minyak paket dalam plastik. Dah tiada pilihan, ambil jelah 2 botol minyak 1kg. Msj baba Fina, minta carikan minyak di Bangi. Nasib baik ada juga stok minyak Saji 5kg. Beli di kedai borong berhampiran perhentian bas Kajang, Jalan Reko. Itupun baba Fina cakap, minyak lain tak ada. Sama juga keadaannya di mana-mana, hanya tinggal minyak jagung.

Itu keadaannya di kawasan bandar, jika di kampung, saya rasa lagi susah nak dapatkan bekalan minyak masak agaknya. Tidak tahu apa punca sebenarnya, tapi kalau dah 1 keluarga patut gunakan 1 botol minyak masak 5kg, sejak stok minyak sukar untuk didapati, saya pasti ramai yang sudah menyimpan lebih 3-4 botol minyak untuk setiap keluarga. Jadi sudah tentu dengan permintaan yang tinggi dan masalah bekalan yang rendah, maka memang agak sukar untuk mengatasi masalah kekurangan minyak masak ini. Belum lagi dengan tambahan masalah lain, seperti penyeludupan minyak, menghasilkan minyak tanpa lesen dan lain-lain masalah yang dianggap antara penyumbang masalah ini secara tidak langsung.

Dan ura-ura mengatakan harga minyak masak akan naik lagi, menambahkan lagi kerisauan kita sebagai pengguna. Malaysia dikenali umum sebagai salah sebuah negara pengeluar minyak kelapa sawit terbesar, tapi di manakah minyak tersebut disalurkan??

Celoteh saya ~ hanya berdasarkan pendapat peribadi.

1 comment:

  1. pakai yo la minyak motor...kes aku aritu nak angkut 2 botoi minyak msk yg saiz paling bosa tu tp cashier suruh gi letak balik satu. tak ble beli dua katanya. ambik je la satu tp botol paling bosar la! memang tau minyak msk takdo skrg ni..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails