Hari Kedua

Hari kedua di taska.


Pagi hantar Fina menangis. Nak ikut saya. Ngam-ngam jer pukul 8 pagi saya punch kad. Hari ini, saya tekad tak nak datang melawat Fina masa waktu rehat. Kalau ikutkan hati, memang nak pergi. Tapi jika dibandingkan rasa tak sampai hati bila dengar dia menangis nak ikut saya, baik saya tidak pergi melawat langsung. Lagipun saya tak nak biasakan dia untuk tertunggu-tunggu saya datang masa rehat.


Saya call teacher, dia cakap Fina ok. Pagi je menangis time hantar, lepas tu elok sahaja. Makan pun banyak. Hi2..laparlah tuh. Fina memang tidak dibekalkan dengan susu formula. Dia memang tak nak hisap botol. Makan dan minum disediakan oleh pihak taska. 3x sehari. Hari sebelumnya saya bekalkan Fina dengan air kotak & botol air berisi ribena. Dia tak minum pun.


Ambil petang, Fina salam semua teacher sebelum balik. Hampir semua kawan-kawan yang dia jumpa di'bye2 nya. Balik ambil kasut sendiri di rak yang disediakan. Malamnya Fina tidur lagi awal, jam 8.20 malam. Keletihan agaknya.


Selesai hari kedua.

Comments

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

2nd Maternity & Children Expo @ Mid Valley Megamall