Kek Upin & Ipin for Fina:)

Mama berjaya buat sendiri kek hari jadi UPIN&IPIN untuk Fina. Hampir 80% siap, tinggal nak touch-up sikit-sikit lagi. Nak letak lilin & tulis nama Fina.

Inilah hasilnya :)



Esok petang kami sekeluarga bercadang untuk meraikan Hari Jadi Fina. Buat makan sikit-sikit sahaja. Jemputan pun tak ramai. Ahli keluarga dan rakan terdekat sahaja. Maaf tak dapat nak jemput semua. Memang pada awalnya, tak jadi buat. Tapi rasa tak seronok pula bila tiada majlis. Dah niat, buat je lah walaupun ringkas.
Hobi baru saya ini memang tidak merugikan. Tak sangka boleh buat kek hari jadi untuk Fina.
dan
saya telah menerima tempahan cupcakes.
Pelanggan pertama yang menempah setelah mencuba sendiri cupcakes yang pernah saya buat.


Comments

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

2nd Maternity & Children Expo @ Mid Valley Megamall