Coretan perjalanan kehidupan membesarkan 4 puteri tercinta. Kisah dari zaman kecil hingga mereka dewasa. Moga memori yang tercipta menjadi kenangan manis untuk diingati.
Tempahan pertama
Get link
Facebook
Twitter
Pinterest
Email
Other Apps
Tempahan dari first customer ~ pegawai unit di ofis.
Petrosains adalah salah satu cadangan tempat yang sangat bagus untuk berhujung minggu dengan anak-anak sambil menjelajahi dunia sains dan teknologi. Kali pertama ke Petrosains rasa amat seronok dan menjadi pengalaman yang menakjubkan. Tak rasa bosan langsung dan yang amat penting setiap masa dipenuhi dengan aktiviti yang boleh menambahkan pengetahuan. Fina pun bila balik dia minta kami bawa dia lagi ke Petrosains. Seronok sangat dia dapat pergi ke sana. Harga tiket adalah berpatutan. Kami beli tiket untuk pakej keluarga- dua dewasa dan dua kanak-kanak berharga RM31.80. Maklumat lanjut boleh tengok di website Petrosains. Memang tak rugi beriadah di sana. Walaupun agak keletihan sebab perjalanan dalam kawasan Petrosains akan memakan masa lebih kurang 3-4 jam, tapi percayalah semuanya amat berbaloi. Kawasan penerokaan yang luas dan semua tempat diisi dengan sesi pembelajaran dan pameran dunia sains yang memberi manafaat. Kami berkesempatan melawat ke Petrosains Sabtu lepas. Lagi
Alahai, berbulan n3 tertangguh. Berikutan Fina yang telah bersekolah di Taska Nasyrah tahun ini, Fina dah duduki EXAM dia yang pertama. Mama nak kongsikan result exam Fina yang pertama biar bila Fina besar, Fina akan tahu kenangan exam di usia seawal 4 tahun! Keputusan yang sederhana, tetapi cukup bermakna buat mama. Baba cakap, untuk usia Fina tak apa dia dapat result macamana pun. Kita masa kecil dulu pun sekolah masa usia 6 tahun. Ada tu yang terus masuk darjah 1. Tak masuk tadika pun. Yang penting pendedahan dia dengan ilmu, dengan kawan-kawan dan persekitaran yang boleh mengembangkan daya pemikiran kanak-kanak. Dapat nombor 10 dari 16 orang dalam kelas. Bahasa Malaysia yang paling rendah. Jawi paling tinggi. Fina suka sangat mewarna. Kat rumah dia rajin mewarna. Hafalan doa-doa yang teacher ajar, alhamdulillah, Fina boleh baca. Lagu lagilah cepat hafal. So mama belanja naik motor free depan Giant sebab Fina dah habis exam! Fiqah pun sibuk nak juga, okla
Tertunai hajat untuk melawati dan bershopping di Maternity & Children Expo yang diadakan pada 18-20 November 2011 yang lalu. Awal pagi dah bergerak ke sana. Sampai di Mid Valley lebih kurang jam 10.30 pagi. Tak tahu pun tapak expo di mana, tapi ingat-ingat lupa rasanya di aras atas sekali. Sebab selalunya expo diadakan di situ. Macam expo hartanah & perumahan yang saya datang 4 tahun lepas. Manalah nak ingat, dah lama tak pegi Mid Valley. Betul jangkaan saya, tapak expo yang sama. Dekat dengan panggung wayang dan food court. Sebab sampai awal pagi, walaupun ramai pengunjung, tapi masih boleh berjalan dengan aman. Bila je waktu tengahari, terus jalan sesak. Ramai sangat orang. Nak shopping pun berpeluh-peluh. Maklumlah, badan dah membesar. Pintu masuk utama expo, dipenuhi belon2. Mama & Fina sebelum masuk ke tapak expo. Bila dah penat tunggu mama shopping, Fina duduk dengan Baba je kat depan pentas. Ada kerusi untuk pengunjung yang melihat acara yang berlangsung di pe
blh part time biz kapkek la lps ni....
ReplyDelete