03 January 2011

Hari Pertama di Taska


Hari pertama Fina di taska:


Pagi hantar ok. Dalam kereta pun Fina tak tidur.


Tengahari saya datang melawat. Tanya teacher kat situ, cakap Fina tak ada masalah. Fina tengah tidur. Time tidur di taska pukul 12tgh hingga 3petang. Fina di rumah kaklong tidur guna buai. Kalau di taska, semua tidur di bawah. Risau juga kalau-kalau dia tak biasa. Saya tengok Fina di bilik. Memang dia tidur. Bersusun semua tidur macam dalam asrama. Fina tersedar, tak sampai hati nak biar. Saya pergi juga peluk dia. Terus cembeng muka tengok saya. Saya BF kan dia. Pujuk dia untuk tidur. Tapi dia tak nak. Ajak saya keluar. Mungkin Fina ingat saya dah habis kerja, datang nak ambil dia. Waktu rehat dah habis. Saya tinggalkan dia ke teacher yang ada disitu. Terus meraung gajah. Kat taska ini, seorang teacher akan menjaga 5 orang anak jagaan. Fina bawah teacher Zura.


Petangnya pula, tepat jam 5 petang, cepat-cepat saya turun dari ofis ke taska. Ada beberapa ibu yang telah datang mengambil anaknya. Bila nampak jer saya, terus dia meluru ke arah saya. Sebelum balik, Fina salam teacher kat sana. So, muka happy je sebab dah dapat jumpa mama dia.

Fina sibuk main printer kat ofis.

Sementara tunggu baba Fina, saya bawa Fina naik ofis dulu. Balik dari ofis, singgah rumah kaklong. Baba Fina nak settlekan bayaran repair aircond di bengkel Kajang Utama. Malamnya Fina tidur awal. Jam 9 malam dah tidur. Penat bermain agaknya.

Selesai hari pertama. Fina masih belum sesuaikan diri lagi. Mungkin ambil masa beberapa hari lagi baru Fina biasa dengan jadual barunya.

1 comment:

  1. Hantar fina ke taska mana ye? saya sdg mencari utk ank sy. alina_019820@yahoo.com

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails