Fina bercakap


Akak Fina dah berusia 3 tahun 7 bulan. Dah semakin membesar anak dara sulung saya ini. Lebih-lebih lagi bila dah dapat adik, terserlah 'kebesaran'nya. Kali ini nak cerita pasal akak Fina yang  masih pelat bercakap. Kadang-kadang dah bunyi macam siam campur slang Perak pun ada. Antara perkataan dan ayat yang dia selalu gunakan:

  • Mana - mane
  • Ada - ade
  • Punya - punye
  • Bunga - bunge
  • Tak boleh - takbolee
  • Aiskrim - akim
  • Coklat - let
  • Sedap - tam
  • Air - yeyer
  • Main - amean
  • Taman - aman
  • Basikal - ikal
  • Apple - eper
  • Telur - lolo
  • Gula - gule
  • Cantik - atik
  • Siapa - siape
  • Kepompong - pompompom
  • Rama-rama - rame-rame
  • Lompat - ompat
  • Pusing - using
  • Bila nak masuk rumah dia cakap " akumsalam mama". Orang bagi salam, dia jawab salam.
  • Suka cakap "mama buat ape tu mama" bila tengok saya kat dapur.
  • Panggil Fiqah - "bibi iqah", kalau suh panggil Syafiqah dia panggil "aapikah"
Banyak lagi perkataan yang dia sebut jadi bunyi lain. Tapi yang peliknya bila main dengan sepupu-sepupu dan juga kawan-kawan kat taska,diaorang tu faham pula apa yang Fina cakap. Saya juga boleh faham Fina cakap apa. Mungkin kerana naluri ibu boleh memahami setiap tingkah lalu dan pertuturan anak secara semulajadi. Fina dah boleh membuat ayat.Cuma hujung ayatnya mesti ada 'kan'. Contohnya, itu fina punye kan, nanti mama beli kan, nak pergi kedai kan, mama ade kan. Insyaallah, tahun depan bila Fina dah masuk sekolah, dia boleh improve dari segi sebutan dan pertuturan hariannya. 

Apa yang saya perhatikan, hubungan Fina dan Fiqah sangat akrab. Bila orang nak ambil adiknya, dialah orang pertama yang cakap tak boleh. Fiqah pun apa yang akaknya buat,dia layankan sahaja. Kadang-kadang tergelak besar bila akak Finanya buat lawak. Berseri sungguh hidup ini dengan hadirnya anak-anak di dalam rumah sebagai penyejuk mata dan penghibur hati. 

Comments

  1. hehe...sronok kak kan?? bile anak2 leh bercakap...mst nak melayan pertanyaan tu kan? kite ni kaunter pertanyaan dorg... hehehe...

    ReplyDelete
  2. duk menceceh jer kejenya.bila tidur, rasa sunyi lak..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

28 Minggu