Anak Tidak Mahu Minum Susu


Dua minggu lagi Fiqah akan genap 11 bulan. Sekarang Fiqah dah makin kenal orang. Bila jumpa orang yang dia tak kenal, dia taknak ditinggalkan. Ie : Jumpa nek yang dan tok yang di kampung. Tak tentu arah dia nak saya dan abang pegang. Cembeng-cembeng mulut nak nangis bila kena tinggal kejap. Tidak merayap terlalu jauh jika bukan di rumah sendiri. Kalau rumah sendiri, sekejap je tangga tu dia naik sampai ke anak tangga ke empat. Sekejap je sampai dapur. Baru belajar berdiri, panjat-panjat tepi sofa, tepi meja, tepi kerusi, tepi kaki mama, semua bahagian tepi lah.
Perubahan paling ketara ialah – REJECT EBM. Ingatkan hanya sehari dua sahaja, rupanya minggu lepas berterusan Fiqah tidak mahu minum susu di taska. Pengasuhnya hanya beri air kosong, dan bubur, memang banyak Fiqah makan. Saya cuba membuat ujikaji semasa cuti hujung minggu tempoh hari. Fiqah gigit-gigit puting botol tu, lepas tu terkebil-kebil tengok saya. Saya memang bagi masa dia baru bangun tidur. Bila tak berjaya, saya cuba pula letak dalam botol Tommie Tippi, gagal juga. Dia tak nak minum langsung.
Hari ini saya bekalkan juga, 2 botol EBM. Nak minta pengasuhnya cuba guna botol Tommie Tippi. Serta bekalan buah oren dan biskut. Manalah tau, terbuka hati Fiqah nak menyusu pula. Kalau tak berjaya juga, saya rasa saya nak buat resepi gunakan stok EBM sedia ada.  Sayang kalau susu yang saya pam tidak diminum oleh Fiqah dan bila dah lama nanti, kena buang pula. Jika Fiqah tetap refuse hisap botol, saya ingat nak bekalkan puri buahan dan sayuran. Kes Fiqah ini lebih kurang kes masa Fina kecil dahulu. Tetapi Fina tak nak EBM masa usianya setahun lebih. Cik Fiqah lagi awal, di usianya dekat 11 bulan. Saya tidak risau sangat jika Fiqah tidak menyusu, tetapi dia masih mahu makan dan minum di waktu siang. Maknanya, dia tidak kelaparan sewaktu saya tinggalkan di taska.  Waktu petang dan malam, bila dah jumpa saya, memang Fiqah akan kerap BF jika dibandingkan sebelum dia tak nak botol. Kalau dulu, malam dia hanya bangun sekali dua, sekarang, lebih kurang 3-4 kali semalam.
Pam di ofis? Saya masih teruskan untuk elakkan susu kering jika saya berhenti mengepam secara mengejut. Cuma yang saya perlu fikirkan sekarang ialah apa nak buat dengan stok susu yang dipam jika Fiqah sudah totally reject EBM. Baru-baru ini saya risaukan stok frozen yang makin berkurang, tiba-tiba jadi bertambah pula bila Fiqah dah tak nak minum EBM.   

Comments

  1. Assalamualaikum az..sy hanin..sy pun mhadapi masalah yg sama..ank sy dh berumur 1 tahun 7 bulan..dia mula tak minat minum ebm masa umur 1 tahun 3 bulan..selera makannya ok..skrg pengasuh beri ebm guna syringe ckit2 sbb dia dh taknak minum ebm guna botol..susu formula dalam botol laju je minum..fresh milk pun ok..stok ebm masih banyak..sy masih terus pam sbb takut susu kering..sy pernah cerita masalah ni di forum susuibu.com..ada ibu yg cdgkn ebm tu campur dgn jus buah atau letak dlm mknn anak..cthnya pancake, omellet atau apa saja resepi yg guna susu..sy pun baru nk cuba dn harap bjaya utk elakkan mbazir ebm..mungkin az pun blh cuba..good luck :-)

    ReplyDelete
  2. salam...sy sekarang masalah yg sama..ank 1y 9m..ingt nak ajar fm sbb dh nk masuk 2y,..sekali fm xnak..ebm pun reject..seedy n stress, nk pump pun dh mcm xexcted...then susu pun drop jgk..mungkin sbb ngh susah ati kan..seedy sgt ati ni..ingt nk mudahkan die..kesian kalo on the spot stop bf 2y..sekali jadi gini plk..nasib bkn saya je ade masalah mcmni..

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum. saya pun ada masalah yang sama. anak perempuan saya baru 11bulan. tapi akhir-akhir ni dia kurang sangat minum susu ebm dalam botol. bila bagi susu formula dia reject terus. dah cuba tukar 2 kali susu formula pun dia reject. bila bagi bf dia ok pula. saya dah tanya dengan klinik pakar kanak-kanak doktor bagitau mungkin dia nak susu direct. bila dah setahun boleh cuba bagi susu berperisa pula. dari segi makanan lain dia ok. bagi ape pun dia makan je. air kosong paling dia minat. sampai kita pula yang risau bila dia taknak minum susu ebm yang kita tingalkan. takut dia lapar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.

      Anak sy ada masalah yg sama dgn anak puan. Dah cuba mcm2 tak nak susu jgk. Buntu dah nak buat mcm mana. Dulu anak puan mcm mana solusinya ye?

      -Atiqah

      Delete
  4. Assalamualaikum...sekadar berkongsi. Susu badan saya dh memang dah takde. Anak saya baru masuk umur setahun dah 5 hari reject susu fm. Tengok botol susu pun dia dah taknak. Apa lagi nk masukkan kat mulut. Risau sgt anak tak cukup khasiat...sbb mcm awal sgt klu dia nk stop menyusu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak sy pon mcm awk...xthu nk buat ape dah..

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

Fina @ klinik Kesihatan Semenyih, Kajang..