Buku

Saya tak ingat kali terakhir saya membeli buku berunsurkan ilmiah. Majalah Pa&Ma, memang saya beli setiap bulan. Kalau masa bujang dulu, saya suka membeli buku Dr. Tuah. Saya ada beberapa koleksi buku beliau.Tabiat segelintir daripada kita (termasuk saya), kurang belanjakan duit untuk membeli buku. Walhal banyak ilmu yang boleh kita dapat dari sebuah buku. Kalau beli banyak pun, masa-masa study dulu. Bila dah bekerja, kurang sangat membaca. Saya kagum dengan suami saya. Sejak berumah tangga, saya lihat abang tak lokek keluarkan duit untuk membeli buku. Memang abang jenis yang berjimat cermat orangnya. Tak kisahlah dari segi apa, cuma bila membeli sesuatu yang berkaitan dengan ilmu, abang tidak berkira berapa harganya. Saya suka sikap ini dan belajar mencontohinya.


Memandangkan ada pameran buku sempena Seminar Menangani Gejala Sosial di JPN hari ini, saya telah membeli 2 buah buku. Sejak bergelar ibu, saya berminat untuk mempelajari ilmu keibubapaan. Mudah-mudahan saya berjaya mendidik anak saya menjadi seorang yang berguna. Tak kisahlah kerja gaji besar atau tidak, cuma doa saya agar anak saya pandai menghormati saya dan menjadi seorang yang berguna kelak. Semua ibu bapa mempunyai matlamat yang sama. Mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka.

Tak sempat baca lagi buku-buku ini. Cuma beberapa perenggan yang menarik untuk saya kongsikan di sini.

WAHAI IBU, BIMBINGLAH TANGAN ANAKMU KE SYURGA

"Susukanlah anakmu dengan susumu sendiri. Air susu ciptaan Allah SWT adalah zat suci dan murni, ia mampu mencegah derita dan kesedihan anakmu. Sejak anakmu dilahirkan segala keperluan hidupnya dipenuhi dengan air susu ibu. Bahkan merupakan awal daripada kehidupannya yang penuh kesucian. Tiada seorang pun yang dapat memelihara dan mengasihi seorang anak sebagaimana seorang ibu yang menyusukan anaknya dengan air susunya..."

Pengarang buku : Ibnu Muhammad El-Fandahani

PETUA MEMBANTU ANAK BERJAYA


"Setiap sesuatu bermula dengan niat. Sekiranya niat dan hasrat kita mahu membantu anak-anak, kita pasti berjaya. Anak dilahirkan untuk berjaya, bukan gagal. Sejak dalam kandungan lagi anak sudah mempunyai potensi untuk berjaya.

Anak-anak tertarik mengikut dan membuat apa yang kita sarankan hanya bila mendapat hidayah dari Tuhan. Hidayah boleh diperoleh apabila ada ketaatan. Tanpa taat pada perintah Allah, kita tidak boleh berjaya mendidik anak-anak..."

Pengarang : Dato' Dr. Mohd Fadzilah Kamsah

Comments

  1. bagus As. bukan mudah utk mendidik anak kan.tambah ilmu boleh kongsi sama.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

Fina @ klinik Kesihatan Semenyih, Kajang..