Warmer

Minggu ini saya mulakan jadual latihan memberi EBM menggunakan botol untuk Fiqah di samping membuat stok yang telah terhenti selama 2 minggu kerana bercuti di kampung tempoh hari. Tak boleh buat stok frozen EBM di kampung sebab peti ais umi saya dipenuhi dengan lauk pauk. Macam-macam ado. Penuh sangat, jadi saya pam dan beri 1 hari 1 sesi latihan untuk Fiqah minum EBM melalui botol susu.


Mom's milk is the BEST ~ botol Jingle Jungle dan beg sandang Medela FS yang telah selamat dirasmikan. Alhamdulillah, susu masih mencukupi untuk Fiqah apabila dipam. Kadang-kadang penuh satu botol,  kadang-kadang dapat 2oz, tidak mengapa. Mungkin itu rezeki Fiqah pada hari tersebut. Yang penting rajin dan disiplin untuk mencapai target.


Apabila mula latihan memberi EBM, saya telah menggunakan Autumz Warmer ini. Mula-mula rasa pelik kenapa lampu sekejap hijau sekejap oren. Susu belum rasa panas. Rupanya, apabila baca cara penggunaan di kotak memang begitu kaedahnya. Lampu akan bertukar-tukar sehingga mencapai suhu yang sebenar. Maklumlah kali pertama guna.

Kalau perasan, di atas butang biru itu ada gambarajah suhu untuk panaskan susu EBM. Lagi satu kegunaannya boleh panaskan makanan baby juga. Hanya putar ke gambarajah makanan. Pada pandangan saya, warmer ini memudahkan pengendalian EBM. Cuma kalau baby dah lapar sangat, baru nak panaskan susu, memang lambatlah. Ini kerana EBM yang diletakkan dalam warmer ini akan dipanaskan secara perlahan-lahan. Kalau dibandingkan guna air panas, terus rendam sekejap, susu akan cepat panas dan boleh beri baby. Saya rasa kalau nak gunakan warmer ini, kena ikut masa baby menyusu. Misal kata baby menyusu jam 10 pagi, jadi dalam jam 9.40 pagi boleh mula panaskan EBM dalam warmer ini. EBM boleh dibiarkan didalam warmer agar suhunya tidak berubah. Makna kata, kalau baby tak minum lagi susu itu, biarkan sahaja dalam warmer tersebut untuk mengekalkan tahap kepanasan yang sesuai.

Cara nak gunakan warmer :
  •  Masukkan air dalam warmer mengikut kadar yang sesuai dengan jumlah EBM yang akan dipanaskan.
  • Masukkan botol yang berisi EBM.
  • Pasang suis dan set ke gambarajah botol susu iaitu suhu 40 darjah.
  • Tunggu hingga susu selesai dipanaskan.

Sebelum beri baby minum, titiskan ke tangan dahulu untuk pastikan susu tidak terlalu panas atau sejuk. Setakat 4 hari ini saya beri Fiqah 1 stok frozen EBM dan juga 2 botol fresh EBM yang dipam apabila Fiqah tidak menyusu direct. Fiqah nak minum, cuma kadang kala mengambil masa, barulah dia minum sampai habis. Mungkin ada bau mamanya bila saya dukung dia. Kesian juga bila tengok dia taknak, pusing kepala kiri kanan cari nenem. Kalau ikutkan hati memang dah bagi direct, tapi bila fikir kalau saya kerja nanti dia taknak langsung minum guna botol, lagi susah. Jadi, biarlah bersusah-susah dahulu.
Selain untuk melatih Fiqah menggunakan botol susu, dengan sesi latihan ini memudahkan saya untuk mengira jumlah EBM yang akan diminum oleh Fiqah sewaktu saya bekerja kelak. Maknanya, kalau setiap sesi Fiqah minum 3 oz, dikali dengan 4 sesi, jadi susu yang akan dibekalkan ialah sebanyak 12oz sehari.


Stok EBM yang telah dikumpul. Saya telah mula gunakan liner untuk jimatkan penggunaan ruang didalam peti ais. Dah anak no 2 ini, agak malas nak kira stok. Asalkan tahu tarikh susu belum sampai tarikh expired dan juga stok EBM tidak habis serta sentiasa ditambah, itu sudah memadai bagi saya.

 
Selain warmer ini digunakan untuk panaskan EBM dan makanan, boleh juga digunakan untuk sterilis aksesori penyusuan seperti puting susu, sudu baby dan sebagainya. Suhu untuk EBM 40 darjah, makanan 70 darjah dan sterilis 100 darjah.

 

Comments

  1. fikah mesti tk susah guna botol kan..hadai tknk btol skarang..puas cri yg sesuai tknk..tawakal jelah hari isnin ni..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

Fina @ klinik Kesihatan Semenyih, Kajang..