Bila saya memilih jalan ini

Apabila saya memilih untuk menyusukan Fina sehingga genap 2 tahun, seharusnya juga saya bersedia dari semua segi. Bukan dari luarannya sahaja tetapi dari aspek dalaman dan psikologi. Sebab itu, saya amat mengkagumi semangat ibu-ibu yang bekerja dan berjaya meneruskan penyusuan susu ibu. Bagi orang yang tidak menyokong BF dan tidak berada di tempat saya, saya tau mereka akan memperlekehkan usaha dan menjadikan saya bahan perlian, umpatan dan cakap-cakap belakang. Kata-kata yang bila kita dengar, akan mematahkan semangat kita dalam BF. Sebab itulah, dorongan dan sokongan keluarga terutama suami amat penting. Ibu yang menyusukan anak juga seorang insan biasa. Tetap tersentuh hati bila mendengar kata-kata yang tidak sepatutnya. Tapi saya cuba berfikiran positif dan tidak ambil peduli. Malahan saya bangga kerana saya telah sampai ke tahap ini.
Bagi ibu yang tidak berpeluang memberi susu ibu kepada anak, dan memilih susu formula sebagai pilihan, itu juga merupakan hak dan keputusan mereka. Saya yakin mereka akan lakukan yang terbaik untuk anak mereka. Cuma apa yang saya harapkan, cubalah tidak memperlekehkan ibu-ibu yang ingin meneruskan penyusuan susu ibu dengan apa cara sekalipun. Belajarlah menghormati pilihan ibu tersebut. Semua ibu mahukan yang terbaik untuk anak mereka, begitulah juga kami yang bekerja tetapi ingin mengenyangkan anak dengan susu sendiri. Yang menggalas beban dan tanggungjawab adalah diri kami. Jadi, orang lain tak perlu susah-susah untuk sengaja mengata dan melemahkan semangat kami.

Comments

  1. kalo org tue tak tempuh ... mmg dia tak tahu ... pekak kan telinga bagi cemusan2 yang menyakitkan.

    janji anak kita dapat, apa yang kita nak ..

    ReplyDelete
  2. nieza : buat pekak memang selalu. tapi bila dah dgr atau ada org duk sampaikan, naik berdesing juga kadang-kadang..hi2..ye, teruskan perjuangan. kita boleh!

    ReplyDelete
  3. betul.. betul.. betul.. caiyok!! az..

    ReplyDelete
  4. teruskan usaha peduli org nak kata apa...hehehehe demi anak kite

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

28 Minggu