Cara Mama Fina

Mama Hidayatul ada bertanya mengenai petua untuk menambah/maintain susu yang saya amalkan. Sebenarnya saya tidak ada petua khusus. Semuanya saya makan tanpa pantang. Nasib baik perut Fina tu tahan. Ada sesetengah baby, tak boleh kita salah makan sikit. Kadang-kadang baby kena sakit perut. Saya kongsikan di n3 ini sedikit sebanyak amalan yang saya buat untuk maintainkan susu berdasarkan pengalaman sendiri. Setiap individu berlainan hasilnya, ada orang susunya akan bertambah bila makan sesuatu, begitu juga sebaliknya. So, tak salah kita try apa yang serasi dengan badan kita, itulah yang kita amalkan.
  • Saya pastikan saya mengambil air kosong secukupnya. Kurangkan minum ais, minuman yang berkafein (kopi/teh/nescafe) dan air gas.
  • Saya amalkan bangun pagi ambil sesudu kecil madu dan makan sebiji kurma sebelum mengambil apa-apa sarapan.
  • Sarapan pula minum secawan milo+oat+nestum.

Itu sahajalah amalan yang saya lakukan untuk maintainkan pengeluaran susu. Selebihnya, makan sahaja apa yang boleh makan dan mengambil makanan seimbang. Lebihkan buah-buahan dan sayuran. Lagi satu, saya pastikan Fina menyusu waktu tidur malam dan pam susu mengikut jadual yang tetap sekiranya bekerja.

Tengok, memang tiada petua yang khusus kan. Semuanya rutin yang biasa-biasa sahaja. Cuma bila kita ni dah ada niat ikhlas untuk menyusukan anak, Insyaallah dipermudahkan jalan untuk kita mencapainya.

Happy breastfeeding mama Hidayatul:)

Comments

  1. Terima kasih banyak sudi kongsi pengalaman,,,bukan apa saya nak tahu camner orang lain boleh buat stok sebegitu bnyk..silap saya dulu abaikan waktu mengepam..tahu lgsung psl tu...saya mmg niat nak beri susu pada Hidayatul - 2tahun...mudah2an di permudahkan...amin..

    ReplyDelete
  2. zakilah : sama2..moga brjaya BF hingga hidayatul 2 tahun.

    ReplyDelete
  3. Insyaallah...

    Fina tu berkat susu ibu dier tembam semacam jer....ibu dier kecik dah...hehehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

28 Minggu