Update stok


Stok frozen EBM Fina tinggal 22pcs bagi bulan Jun 2010 dan Julai 2010 pula ada 6pcs stok lagi. Tinggal 6 bulan lagi nak capai target fully BF Fina 2 tahun. Nasib saya agak baik kerana tidak pernah kekurangan stok frozen EBM. Walaupun tak semeriah waktu dulu-dulu, tapi saya boleh menarik nafas lega kerana stok saya masih cukup.

Fina sekarang kurang menyusu waktu siang. Nak habiskan sebotol 3-4oz pun susah. Tapi bila saya balik kerja, cepat-cepat minta BF. Lagi satu, pantang tengok saya baring. Mesti duk mengemping je kat sebelah sambil tengok tv. Kadang-kadang Fina tau sendiri nak tukar B belah mana. Bila dah lama BF kat B kanan, terus dia pi kat B belah kiri pula.

Gaya BF ikut gaya bebaslah. Suka hati dia nak buat macamana pun. Siap naik meniarap atas badan saya pun ada. Apa yang saya suka, satu perasaan indah dalam hati saya bila saya tatap dan tenung matanya tatkala Fina sedang menyusu. Hubungan kasih sayang yang terjalin antara kami makin erat. Rasanya bagai Fina baru berusia sehari tatkala dia menyusu.
Jadual pam saya masih tidak berubah. 2x di pejabat. Waktu rehat 1-2 petang dan sebelum balik jam 5 petang. Balik ke rumah, direct BF dan juga waktu cuti.

Comments

  1. alhamdulilah....nak mintk petu dari mama fina ada mkn apa2 tak?

    susu sy sket ajer

    ReplyDelete
  2. mama fina,

    jeles la tgk stok msh byk cenggini. afne sejak haziq hbskan 1 tong frozen ebm masa afne kena chick pox, tinggal brp belas botol je dlm freezer.

    ReplyDelete
  3. zakilah : susu sikit ke banyak, itu rezeki anak kita kan.syukur..
    afne : sy pun penah kena c.pox masa fina 5 bln. sian kita & baby. tak pe,rajin2 buat stok baru ye..

    ReplyDelete
  4. salam,
    nak tnya klu dah pam susu kat office simpan dlam cooler bag kan?
    leh x nak tau cooler bag tu mcm mana?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

Fina @ klinik Kesihatan Semenyih, Kajang..