Rainbow cake

Gigih menyediakan rainbow cake Selasa malam. Dah lama nak cuba buat rainbow cake sendiri, cuma tunggu seru mood rajin datang. Baru boleh jadi berlapis-lapis warna rainbow cake ini. Saya buat ikut resepi vanilla butter cake yang selalu saya buat, cuma tambahkan warna berlainan dan timbang adunan untuk dibahagi sama rata sebelum dibakar.

Percubaan lapisan pertama gagal. Time bakar ok, tapi bila nak keluarkan dari loyang, kek pecah pula. Kena keluarkan perlahan-lahan atau tunggu sejuk dahulu dalam loyang, baru boleh keluarkan. Lapisan pertama warna ungu. Tinggal separuh sebab dah masuk perut dulu, baru nak snap gambar.

Ini semua lapisan yang telah siap dilapiskan dengan buttercream. Adunan warna ungu, bakar lain. Jadi 5 warna sahaja yang dapat. Kek akan tinggi bila guna acuan loyang yang kecil. Kek ini agak lama disediakan kerana proses membakar satu lapisan dan loyang pun ada satu sahaja. Nak tunggu kek sejuk, baru bakar lapisan lain. Kalau oven besar, boleh bakar sekali 2 loyang. Jimat sikit masa. Setiap lapisan saya bakar lebih kurang 20minit. Ikut oven masing-masing.
Guna stok bahan sedia ada dirumah. Itu yang jadi rainbow cake boboboy. Tidak ada tema tertentu. Cuma untuk buat makan-makan sahaja. Buat suka-suka untuk semua anak buah saya yang berkumpul di rumah kakngah masa cuti Pertabalan Agong.


Kek yang telah dipotong oleh Kak Yeen..Kak, kek boboboy pun ko belasah jer eh..sian tak dapat kek besday macam tuan puteli..ha2..


Buat kek berguru dengan buat belajar sendiri, memang agak berbeza. Walaupun boleh belajar sendiri teori, tetapi kalau berguru mungkin lebih faham kaedah dan cara senang untuk membuat sesuatu kek.

Tiba-tiba rasa nak belajar buat homemade coklat..tapi bila masa nak belajarnya yang tak tahu.

Comments

  1. ehh nmpak sedap lah... :)

    ni adik kakngah ke adik ipo kakngah ke kaka kakngah ke sapa hek...hehehehehe

    ReplyDelete
  2. try buat sendiri, bertambah sedap2..hi2..ni adik kakngah lah.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

28 Minggu