Klinik ~ 2 bulan

1 Mac 2012, temujanji checkup Fiqah untuk usia 2 bulan di Klinik Desa Rinching. Abang ambil cuti untuk temankan kami. Sekarang kalau buat temujanji, ikut pukul berapa. Kalau dahulu, tak kisah nak datang pagi atau petang. Mungkin nak pantau jumlah pelanggan di klinik yang semakin bertambah.

Kali ini, tidak ramai yang menunggu giliran. Datang jam 9 pagi, jam 10.15 pagi dah settle semua. Sempat untuk balik menonton Chinta Chanduri di TV3. Slot wajib saya hari Selasa hingga Khamis, jam 10.30 pagi. Cerita ulangan, tapi dulu tayang malam rasanya. Satu cerita ini je lah yang saya ikut secara tegar di rumah. Yang lain, tak nak ikut sebab bila dah start kerja nanti, confirm tak boleh tengok. Jadi taknak ambil risiko tak dapat tahu ending cerita secara berkesan!

Fiqah di usia 2 bulan sudah seberat 5.35kg dan tinggi 57cm. Naik 1 kg lebih daripada usia sebulan. Selebihnya, Fiqah normal perkembangannya seperti bayi lain.  Fiqah diberi suntikan DPT(1), Hib(1), OPV/IPV(1), kata nurse rangkum vaksin cegah 5 penyakit dalam satu suntikan.  Selalunya nurse nasihat terus bagi ubat bila balik dari Klinik, kali ini beri bila baby ada tanda-tanda demam. Sekiranya tiada, tak perlu beri. Saya tak beri, alhamdulillah, Fiqah nampak ok, cuma pagi tadi merengek sebelum mandi. Macam tak selesa badan. Lepas mandi, tidur nyenyak semula. Memandangkan Fiqah baru kena cucuk, jadi mamanya beri cuti semalam dengan hari ini untuk Fiqah dikecualikan daripada training hisap EBM dari botol susu. Biar dia bf direct. Ala-ala reward lah ni.

Susun anak bergambar di depan bagi menampakkan mamanya 'kecil' di belakang.

 
Geng mata sepet - F&F

Temujanji seterusnya pada hujung bulan Mac untuk suntikan di usia 3 bulan pula.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

28 Minggu