Rawatan GG
Kesinambungan selepas checkup Fina di Klinik Kesihatan Kajang, saya ke Unit Pergigian pula sementara Fina dijaga oleh babanya. Dah dekat seminggu gigi belah atas yang berlubang terasa berdenyut-denyut, ditambah kalau makan benda manis. Ngilu je rasanya. Taklah sakit sangat cuma kalau dibiarkan, memang makin besarlah lubang gigi tu. Jadinya, bila dah ada peluang ke klinik, saya pun pergilah menyerah diri ke Doktor Gigi. Ingatkan boleh tampal terus, rupanya kena buat appointment semula untuk tampal. Maklumlah, saya dah lama tak pergi jumpa doktor gigi. Kali terakhir masa 4 tahun lepas di Klinik Putrajaya. Itupun saje2 nak 'cuci' gigi. Konon nak putih sikit ler gigi tu.. Lepas jumpa doktor, dia pun check gigi saya dan cakap memang 'PERLU' tampal gigi yang berlubang tu. Nurse check tarikh, bulan 2 tahun depan baru boleh datang appointment. Lorr, terkujat saya mendengarnya..Kalau macamtu, memang confirm bukan sahaja berlubang besar gigi saya, silap-silap ada harapan cerah p...