Kuih Raya

Saya tak pernah buat biskut raya sendiri. Time kecil-kecil zaman dahulu kala, suka sangat dapat tolong arwah mak buat biskut raya. Biskut paling saya ingat ialah biskut roda. Arwah mak lapiskan biskut 2 color, kemudian gulung dan potong bulat-bulat. Color krim dan pink. Sedap.
Kalau arwah mak buat kuih bahulu, pukul telur dalam pasu besar. Guna pemukul telur saiz besar juga. Bergema 1 rumah bunyi pukulan telur. Berjam juga nak bagi gula dan telur tu kembang. Bakar dalam acuan, beraroma wangi menusuk kalbu.
Muruku, kerepek pisang, kuih bijan, cakar ayam, tart nenas,  semperit/dahlia antara kuih yang mak sediakan di Hari Raya.
Berbelas tahun rupanya kenangan itu berlalu :(

Tahun ini saya teringin nak buat biskut sendiri. Tapi nak tunggu mood sampai dulu. Bahan-bahan dah ada. Kalau sampai ke minggu depan tak  'terhasil' biskut saya, jawabnya tunjuk kat kedai je lah.
Setakat nak buat makan sendiri. Kudrat je lah perlu rajin sikit. Tengoklah macamana.

Comments

  1. dik..
    lg satu.. biskut dam. krim + coklat. sampai raya aji pun ada lagi & masih elok. dahlia ngan semprit.. mmg wajip ada tetiap tahun.
    pastu kek pelangi. bakar atas dapur jek dlm acuan. takyah masuk oven. wangi seyyy...
    lengoh tgn pukul bahulu. memula kemain lagi laju mukulnya.. bila dah berat makin slow kehkehkeh!!!

    malam tadi kudip dah saun aku suh buat kuih raya..
    aaahhhh!!! semputtttt!!!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

28 Minggu