1 Tahun 1 bulan 2010


Perjalanan BF diteruskan ke bulan berikutnya. Sekarang saya telah berjaya menyusukan Fina selama 1 tahun 1 bulan. (Tahniah untuk diri saya!!). Rutin harian yang masih sama. Pam sebanyak 3 x di tempat kerja dan direct BF pada waktu malam dan waktu cuti. Stok EBM pun alhamdulillah, masih mencukupi untuk bekalan harian fina.


Stok Frozen EBM - 30-35 liners


Fina pula, sekarang sudah mula aktif berjalan. Siap belajar pusing 360 darjah. Jatuh terduduk tu memang perkara biasa. Baru dapat lesen L la katakan. Perkataan yang paling selalu disebut ialah "mamam". Pantang tengok orang makan, dia pun nak tumpang sekaki. Setiap hujung minggu, baba Fina akan beli sarapan nasi lemak kosong 1 untuk Fina. Berselera Fina makan. Fina memang suka makan nasi. Sama dengan babanya. Kalau bagi nasi kosong pun, Fina makan. Kadang-kadang nak suap sendiri. Teringat semasa mengandung dulu. Saya suka sangat makan westen food/fast food. Sampai baba Fina yang tak minat makanan2 gitu pun terpaksa layan. Maklumlah, mengandung anak sulung. Semua nak dapat, padahal bukan kes mengidam ke apa, cuma tekak tu yang rasa nak makan.


Fina makan sendiri

Kalau bab nak keluar berjalan, awal2 Fina dah ready bila tengok saya pakai tudung. Mulalah, merengek takut kene tinggal. Sejak Fina dah setahun ni, senang sikit nak bawa pergi berjalan. Kalau makan kat luar pun, dah jarang buat hal. Asalkan, tempat makan tu selesa, bagi Fina makan & minum sekali, ok la.

Bab menangis pula, kalau dengar suara, memang boleh pecah 'gegendang telinga'. Volume memang kuat. Tak boleh ler jatuh sikit. Manja sangat. Tapi seperti bayi2 lain juga, menangis atas sebab-sebab tertentu. Selalunya time mengantuk nak tidur, tak sihat, lapar, nak menyusu, nak suruh dukung, rasa panas, nakkan perhatian dan lain2. Teringat masa fina menangis legat time demam, terus saya balik ke rumah dan ambil half day. Sampai kaklong AKA pengasuh Fina pun menangis sama, tak reti nak pujuk Fina. Tapi itu dulu, time Fina kecil, sekarang ni ok sikit. Kalau saya hantar pagi2 ke rumah kaklong, Fina dengan 'senang hati' report duty secara suka rela.

Seronok rasanya tengok anak sendiri membesar di depan mata. Kadang kala tidak terasa masa berlalu begitu pantas dan meninggalkan sebuah kenangan abadi yang pastinya hadir sekali sahaja dalam kehidupan ini.

Comments

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

Fina @ klinik Kesihatan Semenyih, Kajang..