Mudah saja

Kali ini saya nak kongsikan tips dan panduan mengepam di tempat kerja mengikut pengalaman sendiri saya.
1. Bawa peralatan khas untuk mengepam di waktu kerja. Antara 3 perkara penting ialah pam susu, botol susu dan cooler beg.
  • Pam susu ~ saya memilih untuk menggunakan pam elektrik SPECTRA 3, double pumping.
  • Botol susu ~ saya gunakan botol susu MOM LITTLE ONES (MLO). Setiap hari saya akan bawa 6 botol MLO untuk digunakan bagi 3x sesi mengepam. Setakat ini saya ada lebih kurang 20 botol MLO. Ibu2 yang mengepam, memang suka kalau tengok dan kumpul stok botol susu banyak2. Macam jadi salah satu sumber semangat.
  • Cooler beg ~ juga dari MLO, hadiah dari pegawai2 kat ofis masa saya habis pantang. Terdapat 3 ice pack bagi 'menyejukkan' susu sehingga selamat saya bawa pulang ke rumah. Lepas sampai rumah, letakkan susu ke dalam peti ais dan bekukan semula ice pack tersebut untuk dibawa pada keesokkan harinya.
2. Pastikan kawasan persekitaran untuk mengepam adalah selesa, sesuai dan bersih. Sebaiknya pilih bilik yang berkunci. Barulah dapat mengepam dengan tenang.
3. Pam mengikut masa yang ditetapkan. Kalau selalu pam pukul 10 pagi, jangan esoknya tukar pukul 9 pagi ke 12 tgh. Sebaiknya pastikan rutin jadual mengepam adalah konsisten. Jadual pam saya semasa di ofis ialah antara pukul 11 pagi, time rehat pukul 1.30-2.00 petang dan pukul 5 petang. Setiap 1 sesi saya akan mengepam lebih kurang 10-15 minit.
4. Relaks dan tenangkan hati ketika mengepam. Saya selalu bayangkan wajah fina dan aksi2 fina semasa BF ketika mengepam.
5. Bersyukur dengan rezeki susu yang diperolehi. Jika hari tu hasil sikit, terima je lah. Mungkin itu rezeki anak saya pada hari tersebut. Jika susu meriah, alhamdulillah.
6. Jangan mudah rasa berputus asa, berfikiran positif, kena disiplinkan diri dan tetapkan niat untuk BF anak selama mana yang mampu.

Comments

  1. az, aku pun berazam nak bf anak no. 2 nant.. insyallah.. aku pun try survey2 pam nie, yg ko beli ni az secara online ke? mahal x?

    ReplyDelete
  2. mai: bagus2 mai, aku sokong 150% niat ko. dulu aku beli pam kat MLO Sri kembangan. Bkn on9, pegi kedai sendiri. Blh Test dulu tgk sesuai tak. Nanti calling2 lah eh. blh cite detail.

    ReplyDelete
  3. yeke.. nant pepehal aku calling2 ko ek..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

28 Minggu