Makan oren

Setiap petang lepas ambil Fina dari rumah kaklong, Fina akan tepuk2 baju saya suh saya BF kan dia. Time ni, saya akan tumpukan perhatian lebih kurang 10-15 minit untuk Fina. Lepas tu baru buat kerja lain, mandi, masak, basuh pinggan mangkuk dll. Bila Fina dah kenyang BF, saya akan bagi Fina makan buah pula. Selalunya saya bagi buah oren atau epal. Fina makan sikit je, yang selebihnya buat main-main jelah. Walaupun tak tumbuh gigi lagi, kalau Fina gigit epal tu, putus gak. (Bilalah nak tumbuh gigi ni Fina.)

Jom layan gambar Fina makan oren :)


Lepas makan buah, waktu makan seterusnya ialah pada pukul 8 malam. Time ni saya bagi Fina makan nasi + lauk atau kuah yang tidak pedas. Saya dan abang, memang ajar Fina agar suka makan buah & minum air kosong dari cawan sejak Fina dah cerdik nih. Kalau boleh, saya tak nak ajar atau sogok Fina dengan makanan ringan, gula-gula, air gas atau makanan yang kurang berkhasiat. Jika sesekali nak merasa setakat sikit2 tu, boleh lah.

Comments

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

Fina @ klinik Kesihatan Semenyih, Kajang..