Toplamp

Kedai Top Lamp Puchong


Pencarian kami diteruskan ke Kedai Lampu di Puchong Ahad lepas. Abang memang tak biasa dengan area Puchong nih. Saya pula, kalau masa bujang2 dulu, tempat yang pernah saya pergi ialah di IOI Mall Puchong. Tujuan utama dulu2 kalau pi Puchong, nak pi shoping kat JUSCO dalam IOI Mall tersebut. Jalan di Puchong memang sibuk. Dapat kalau hari Sabtu atau Ahad. Lorong jalan pula agak mengelirukan. Mula2 berhajat nak pergi Achiver Lighting (gara2 tengok iklan dalam paper, SALE!!) di sebelah IOI Mall tuh. Tapi dah terlepas jalan, bila u-turn, jalan masuk kedai tu sebelum u-turn. So, cancel ke Achiever Lighting kami menuju ke Top Lamp di Taman Intan Puchong. Nampak kedai kat sebelah jalan je, tapi tersesat juga masuk jalan lain. Dekat2 pukul 6.30 baru kami selamat sampai ke Top Lamp.
Sebenarnya, saya pernah survey di internet dan ramai yang mengatakan kedai Top Lamp adalah salah satu kedai yang menjual lampu hiasan dengan harga berpatutan. Sesuailah dengan bajet kami dan banyak pilihan juga di kedai tersebut. Pilih punya pilih, kami membeli 2 lampu siling, 1 lampu dining hall dan 1 lampu dinding. Dapat 20% discount dan juga bulb lampu jenis save energy diberi secara percuma. Kan berbaloi tuh. So, settle sudah list2 dalam planning kami sebelum memasuki rumah di PS. Pada sape2 yang berminat nak cari lampu hiasan, silalah berkunjung ke TOP LAMP SHOP. (promote pulak). Juga boleh diberi secara on9. Mudah bukan.
Perabot pula, antara wishlist 'coming soon' dalam planning kami. Mungkin setelah selesai semua urusan perpindahan, baru kami fikirkan untuk membeli perabot2 yang perlu kelak. Setakat ini, perabot lama yang masih elok dan boleh digunakan, akan kami bawa ke PS. (Ingatan untuk diri sendiri ~ Elakkan pembaziran, rancang perbelanjaan berhemah!)

Comments

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

28 Minggu