Pelangi Semenyih Part I


2 minggu ni saya dan abang sibuk menguruskan beberapa perkara sebelum berpindah ke Pelangi Semenyih. Itupun diuruskan ketika cuti hujung minggu Sabtu & Ahad. Perancangan utama ialah :

  • Memasang gril.
  • Memasang kabinet dapur.
  • Wiring lampu dan kipas.
Itu antara perkara asas yang perlu diselesaikan sebelum memasuki rumah. Yang selebihnya bergantung kepada bajet dan perancangan selepas berpindah kelak. Kalau ikutkan hati, memang nak buat semua, tapi kenalah ikut kemampuan sendiri. Utamakan mana yang penting dahulu. 3 perkara di atas, telah kami selesaikan. Semuanya dalam proses, kabinet dapur sudah siap 30%. Gril sudah diambil ukuran, dalam minggu depan mungkin akan dipasang. Wiring pula, nak dibuat selepas siap kabinet dapur dan gril rumah. Kabinet dapur&gril kami order dari kontraktor yang sama. Jika difikirkan, nak masuk rumah baru, memang guna belanja yang agak besar. Tapi semuanya itu sekali sahaja, semasa permulaan. Kenalah bersusah-susah dahulu, dan senangnya kemudian.

Comments

  1. cam bert jer planning tu kan!.. saper yg x nak umah nampak cantekk kan!.. tp betul la.. apa pon yg kiter buat kene la ikut kemampuan.. senang nak uruskan budget.. :)

    ReplyDelete
  2. Ena : ala2 perbelanjaan berhemah..(tapi byk lagi list menunggu giliran,ha2)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

28 Minggu