Grill PS

Semalam lepas kerja saya dan abang ke PS untuk berjumpa Mr. Ah Choy. Grill rumah kami telah siap sepenuhnya. Kami tempah gril bercorak untuk pintu utama dan tingkap ruang tamu, manakala untuk bahagian belakang rumah dan tingkap bilik, kami pilih gril biasa sahaja.

Grill pintu utama - corak bunga ros

Grill tingkap ruang tamu - sama corak.

Tingkap bilik.

Bahagian belakang rumah - tempat dapur kering. (grill 2 pintu)

Komen : Saya & abang berpuas hati dengan kemasan pemasangan grill tersebut. Tingkap ruang tamu dan bilik tidur utama, terdapat bahagian tingkap grill yang boleh dibuka sekiranya ada kecemasan. Grill bahagian belakang pula, boleh buka 2 pintu bagi memudahkan kami untuk memindah barangan. Cuma warna bahagian bawah grill belakang membuatkan saya merasa tidak puas hati sedikit. Sepatutnya saya minta Mr. Ah Choy buat 1 warna sahaja pada bahagian tersebut. Masa tempah dahulu, kami minta warna grill semuanya sama 1 rumah. Tu yang dibuatnya pintu bawah warna 'celoreng' juga. Tapi tak pe la, kat belakang dapur kan, kalau nak tukar warna nanti, minta tlg abang cat warna lain je la. Secara keseluruhan, grill yang dibuat menetapi citarasa kami. Dan yang paling penting, ciri2 keselamatan rumah adalah diutamakan. TQ kepada kontraktor kami - MR AH CHOY- & Happy Chinese New Year!!!!

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

28 Minggu