Imbasan lalu

Pengalaman mengandung dan melahirkan anak pertama memang sukar untuk dilupakan. Kehadiran yang ditunggu-tunggu akhirnya tertunai jua setelah genap setahun kami diijab kabul. Masih terpahat diingatan saya ketika membuat prenancy test. Harapan tinggi menggunung agar 2 garisan merah yang akan kelihatan. Alhamdulillah, rezeki kami suami isteri untuk menimang cahaya mata yang pertama termakbul. Saya mengandung pada hujung Mac 2008. Saya tidak mengalami sebarang alahan teruk semasa awal mengandung. Cuma selera bertambah dan saya menjadi seorang yang kuat mengantuk dan suka tidur. Kalau dulu saya suka minum air soya, sejak mengandung saya jadi tidak suka air soya. Kedai mamak yang dulu menjadi pilihan saya untuk makan roti canai & roti nan, terus tidak saya kunjungi sejak mengandung hingga kini.

Sepanjang mengandung, pernah 3 kali kaki saya kejang kaki di malam hari akibat cuaca yang terlalu sejuk. Abanglah yang menjadi penjaga setia saya, mengurut minyak panas, meletakkan halia. Kalau diikutkan, abang teringin sangat menimang baby boy. Saya pula, tak kisah dapat baby boy atau girl. Yang penting baby tu sempurna, sihat dan tidak cacat. Tempoh 9 bulan berlalu dengan pantas, sungguh 40 minggu yang indah untuk ibu2 mengandung adalah satu tempoh yang memberikan banyak kenangan manis. Syukur yang teramat terhingga kerana saya dikurniakan seorang zuriat yang cukup sempurna sifatnya ketika dilahirkan.

Jika ditanya adakah saya telah bersedia untuk mengandung lagi, secara ikhlasnya jawapan saya ialah TIDAK untuk masa terdekat ini. Bukan menolak rezeki Allah, cuma saya ingin menumpukan sepenuh perhatian kepada FINA dan saya masih lagi rasa FOBIA bila memikirkan sakit saat2 bersalin dahulu. Saya suka mengandung, cuma takut nak bersalin (kalaulah boleh tukar bersalin tu dgn abang, bulan depan sayang pgnant!!). Pada saya sakit ketika bersalin memang merupakan sakit yang tak tergambar dengan kata2, bagai nak tercabut nyawa rasanya, tapi sakit bersalin juga adalah sakit yang sungguh mudah dilupakan. Sebab itulah ibu2 boleh melahirkan beberapa orang zuriat. Jika diimbas saat2 melahirkan dahulu, Itulah kuasa Allah, memberikan kekuatan kepada seorang ibu dan bayi untuk berjuang bersama2 bagi menyempurnakan proses tersebut. Imbasan lalu itu kini menjadi kenangan abadi & pengalaman manis saya dan abang.

Comments

  1. kadang2 pengalaman yang perit tue mengajar kita lebih kepada erti kesabaran.

    kalo kak nieza ni .. 2kali pegnant, 2kali mabuk tahap separuh nyawa. tak boleh silap sikit. Bila bersalinkan zulaikha, yurppp tue la 'sakit yang tak terungkap' dgn kata2 ..
    kalo ekutkan fobia .. tp naluri seoarang ibu kan, bila tgk anak jerk terus segala sakit hilang macam angin lalu.

    skrg ni akak teruja nak mengandung lagi (walaupun takut tang mabuk smp 9bulan) + bersalin (masih takut sbb fobia) tapi ... tetap rindu nak ada bau bau baby .. zulaikha dah takde bau baby ... hahahah

    ** apa motif membebel ?? entah la .. ampun jerk la ...hahaha. Husband akak lagi besttt bagi jawapan .. 'segala dosa terhapus seumpama kain putih'sbb tue perempuan dpt ke-istimewaan

    ReplyDelete
  2. kak nieza : sakit memang sakit, tak tau la sape yg beruntung tak rasa sakit pun masa bersalin. tapi lps tgk baby hlg smua sakit kan kak. boleh lah zulaikha dpt adik tak lama lagi nih. biar ada teman si bambam tu..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

28 Minggu