Percubaan pertama

Sejak berpindah di bangunan ofis baru di Presint 4 saya menjalankan 'projek pumping' di bilik kosong pegawai di sebelah tempat saya. Agak sukar bila pejabat tidak menyediakan bilik khas untuk ibu-ibu yang BF anak mereka. Mungkin pendedahan tentang kepentingan bilik khas ini masih tidak dititikberatkan lagi. Jadi, nak tak nak kenalah mencari altenatif sendiri untuk pumping di mana-mana tempat yang bersesuaian.
Jika dahulu di ofis lama di C3, saya pumping di sebuah bilik yang dijadikan surau kecil di Bahagian tersebut. Masa awal berpindah di sini, saya tumpang bilik pegawai bersebelahan tempat saya. Tapi bila ada seorang pegawai berpindah, dan bilik tersebut kosong, saya gunakan bilik tersebut untuk kemudahan pumping dan bersolat. Saya guna bilik tersebut lebih kurang 7 bulan dan kini saya kene cari 'port' lain kerana bilik tersebut akan diisi dengan pegawai lain. Agak sukar bagi saya untuk mencari tempat yang bersesuaian. Jika menumpang bilik orang lain, takut menggangu kerja mereka pula. Inilah salah satu masalah biasa yang dihadapi oleh ibu yang bekerja dan ingin meneruskan BF. Jika ibu-ibu yang ada bilik sendiri, ini bukan menjadi satu masalah. Tapi saya hanya staff di pejabat, manalah ada bilik sendiri.
Sebagai percubaan pertama, saya menjalankan projek pumping di tempat saya semalam. Kiranya sebagai salah satu alternatif bila dah tak ada port lain. Itupun sebab bos saya bercuti. Kalau bos saya ada, ntah berani ke tak saya berprojek di tempat sendiri. Tapi rasa terganggu juga kerana saya tidak biasa pumping di tempat terbuka. Tak cuba tak tau kan.

Saya letakkan Pam S3 di bawah meja agar mudah untuk digunakan.

Pam S3 yang telah genap 1 TAHUN berjasa kepada saya.

Tengah buat projek pumping.

Nak hilangkan rasa tak tenang, pose tangkap gambar sendiri.

Hasil pumping ~ 3.5 oz, 5.00 petang.

Percubaan pertama berjaya. Percubaan seterusnya, akan saya fikirkan. Moga masalah tiada 'port' yang sesuai tidak mematahkan semangat saya untuk meneruskan target yang tinggal 10 bulan sahaja lagi.

Comments

  1. chayukkk chayukkk

    nieza still berani lagi nak mengepam kat tempat sendiri sbb segannnn ... hihihi

    nasib surau sama level

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

28 Minggu