Hargai Setiap Detik

Saya mengemas laci di ofis dan terjumpa artikel yang saya print dan simpan ketika mula-mula belajar ilmu mengenai BF. Saya suka bait-bait ayatnya. Bagai menyentuh hati dan sanubari saya.

" Penyusuan susu ibu merupakan pengalaman yang dipenuhi kasih sayang dan keintiman di antara anda dan bayi dan hanya berlaku untuk satu tempoh yang sangat singkat. Sebelum sempat anda menyedarinya, bayi anda sudah pun membesar dan perhubungan anda dengannya telah melalui satu dimensi baru.


Saya sentiasa merindui detik masa ini setahun yang lalu.

Jadi, pergunakanlah masa ini bersama bayi dengan sebaik-baiknya. Berseronoklah dan hargainya dan apabila bayi melangkah ke peringkat berikut dalam kehidupannya, anda akan terkenang kembali dan bersyukur kerana anda sudah memberinya yang terbaik apabila dia sangat memerlukannya. "

Comments

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

28 Minggu