Kongsi Raya telah berakhir

Sekejap sahaja masa berlalu. Dah habis percutian kami selama 4 hari 3 malam di kampung. Berkumpul adik beradik bersama ayah & umi tersayang memang menyeronokkan saya. Bolehlah berehat-rehat di kampung di samping menikmati masakan kampung yang menyelerakan. Rasa meriah rumah ayah dengan suara cucu-cucunya seramai 8 orang. Macam-macam aksi, macam-macam ragam. Terpancar wajah ceria ayah & umi tatkala melayan kerenah cucu mereka.

Naik motor bersama ATUK round kampung.


Abang Kudip pegang Fina kuat2 takut Fina jatuh,
sampai tersepit Fina kat tgh2 tu..hi2.
Fina, suka sangat dapat main2 bersama sepupu-sepupunya. Tidur pun bila dah ngantuk sangat baru nak tidur. Saya memang tidak merancang untuk ke mana-mana semasa bercuti, cuma pada hari Isnin kami ke Bahau untuk join REUNION member-member SEK MEN TEKNIK JUASSEH 1998/1999. Nanti saya update perjumpaan tersebut di lain n3. Kami bertolak balik ke Kajang lebih kurang pukul 3.30 petang Ahad. Abang bercadang singgah ke rumah kawannya di Taman Matahari Indah, Senawang. Tersesat juga kami, cari punya cari lebih kurang pukul 6 ptg kami sampai ke rumah tersebut. Dah lama tak masuk bandar Seremban, memang banyak jalan baru sedang dalam pembinaan. Abang bawa kami 'ber round' di tepian bandar Seremban semalam. Kononnya tak nak tempuh bandar Seremban, tapi jalan punya la berpusing2. Nasib baik jalan tak jamm sangat. Jika highway LEKAS dari Kajang ke Kuala Pilah dah siap nanti, dekat dan jimat masa perjalanan balik ke kampung saya kelak.
Fina pula keletihan dan mengantuk ketika kami sampai di rumah. Terus tidur lena hingga ke pagi.

Comments

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

28 Minggu