Langsir NAGOYA

Setelah menyelesaikan 3 perkara utama sebelum berpindah, ada 2 lagi list yang telah kami selesaikan hujung minggu lepas.
  • Tempah langsir
  • Cari lampu hiasan siling & dinding

Hari Sabtu lepas, pagi2 saya & abang ke Pelangi Semenyih untuk mengambil ukuran tingkap untuk tempahan langsir. Mula2 saya ingat nak tempah di TEWAH, Mines. Tapi bila fikir2, tempah kat NAGOYA je la. Lagipun dekat dengan rumah kami di Kajang. Kami terus ke Tesco Kajang. Rasanya itu je cawangan NAGOYA kat Kajang nih. Harga upah sekeping langsir bergantung kepada saiz langsir dan design yang ditempah. Kalau saiz tingkap biasa, upahnya RM7 sekeping sahaja. Kira berpatutan juga la harganya. Tempoh untuk siapkan langsir tersebut hanya 2 minggu sahaja dari tarikh tempahan dibuat.

Nak dijadikan cerita, setelah lebih kurang 2 jam memilih langsir (dinasihatkan untuk membawa sape2 yang boleh memberi pendapat bernas, kalau tak, memang rambang mata) dan menunggu lakaran tempahan siap, bila time nak bayar harga langsir, saya tercari-cari wallet saya. Rasa confident ada dalam beg sandang saya. Cari punya cari, tak de juga. Berderau darah saya. Terfikir, cicir mana la wallet nih. Ntah2 saya jadi mangsa penyeluk saku..OMG!!! Tak sanggup rasanya nak terima kenyataan. Saya minta cashier Nagoya tu tunggu sekejap. Dalam hati, macam nak menangis dah nih, tapi cool dulu. Nasib baik la abang ada. So, buat pinjaman peribadi saat2 kecemasan. Saya terus ke ATM dan guna dulu duit abang. Dah settle pembayaran, kami bergegas balik. Memang mood dan muka saya berubah sungguh. Rasa macam2 dalam hati. Kalau lah itu, kalau lah ini, baru la terfikir, apasal la saya tidak berhati2.

Terdetik dalam hati, kalau duit yang ada dalam wallet tu bukan rezeki saya, saya redha (warghh tidak2, baru dpt duit kutu nih). Dah plan nak report polis. Tak sabar2 nak sampai rumah, saya nak check kat rumah. Itu je cara lain yang boleh saya ikhtiarkan. Mana tau kot2 saya tercicirkan wallet tu dekat dalam rumah ke. Macam2 andaian pula. Sampai je rumah, dengan hati berdebar2, saya menuju ke bilik. Tempat utama andaian ialah di dalam handbag pi ofis. Buka je handbag tuh, rasa nak melonjak (terlompat2) gembira!!!! Ohhh, beban yang begitu berat dalam fikiran saya tadi, telah terjawab semuanya..Masih ada rezeki saya dan keluarga. Rupanya saya memang tidak bawa wallet masa keluar bershopping tadi..boleh??? ha2..baru boleh ukirkan senyuman (ketawa besar) di wajah ini..Kalaulah benar2 saya kehilangan wallet tuh...tak terbayang bagaimana rasanya...

Comments

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

28 Minggu