Masak memasak

Hari memasak di bulan puasa bagaikan memasuki pertandingan memasak rasanya. Masak ikut time. 20-25 minit kena siap juadahnya. Semalam saya masak Bihun Singapore. Bihun dah saya rendam sebelum pergi kerja. Cuma bahan-bahan lain kena sediakan seperti biasa. Fuh, berpeluh acik bertungkus lumus memasak ontime. Hi2..

Bihun Singapore - saya nak tukarkan namanya ke Bihun Pelangi Semenyih :)

Bahan-bahan:

Bihun-bawang putih-serbuk lada hitam-sedikit sos tiram-garam-udang-fish ball-carrot-sawi-cendawan butang

Cara-cara:

Tumiskan bawang putih yang telah ditumbuk-masukkan udang- sedikit sos tiram-fish ball-garam-selepas 2 minit masukkan pula sayur (carrot, sawi&cendawan)-masukkan bihun dan gaul hingga bihun masak-siap-

Berbuka juga dengan Kuih buah Melaka dari kaklong. (terima kasih daun keladi, lain kali boleh bagi lagi !)

Selepas berbuka puasa, saya masak nasi dan lauk untuk makan malam dan sahur. Simple jer, kacang goreng + hati ayam, ikan goreng dan ikan masin. Lepas tu baru boleh berehat-rehat dengan Fina sambil tengok cerita Ular Emas (bulan puasa pun layan cerita gini). Petang ni tak tahu lagi menu apa.Rasa-rasa nak masak gulai sardin+kentang.

Comments

  1. sedapnya lama tak makan bihun singapore...

    ReplyDelete
  2. best nyer.....huhuhu
    lepak baca entry ...dan follow sekali...salam kenal...

    ReplyDelete
  3. dik,cite ular emas tu belakon kek bahau la...best tengok...lonek,bkt kelulut,tobek,jambu lapan sekolah dto mansur pun ado...hehehe

    ReplyDelete
  4. emy : bln puasa, semua nampak sedap kan..
    iman : salam kenal..
    kaklong : taman bahau tak do lak kan kaklong..ha2..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

28 Minggu