Doa seorang anak

Selalunya Fina ikut mama solat.
Kali ini Fina nak buat style baba lah.
Mula-mula Fina kena pakai kopiah.
Letak kopiah atas kepala, masukkan hingga tertutup hidung kecik Fina.

Dah agak-agak selesa, bolehlah mula baca doa.
Kenapa mata Fina tak boleh nampak dengan jelas nih.
Patutlah, sebelah mata lagi tertutup dengan kopiah baba.

Testing semula, senget belah kanan pula kopiah nih. Tapi dah boleh nampak jelas.
Sambung baca doa.
"Ya Allah, Ya Tuhanku, aku bersyukur kerana diberi peluang untuk menjadi penyeri dan permata berharga buat mama dan baba ku. Kau peliharalah mereka berdua sepertimana mereka melimpahkan kasih sayang dan perhatian sepenuhnya kepada aku. Moga aku menjadi seorang anak yang baik dan berjasa terhadap mereka apabila aku dewasa kelak.
Amin. Ya Rabbal Alamin."

Mama sangat sayangkan Fina. Fina adalah anugerah dan amanah dari-Nya. Moga mama dapat mendidik dan membesarkan Fina menjadi seorang insan yang berguna. Finalah penyeri hidup mama dan baba sejak hari pertama mama mengandungkan Fina.

Comments

  1. alololo dah pandai berdoa yer tp nape pakai kopiah syg..??? hehe

    Smga jd anak yg solehah, berjaya d dunia & akhirat..

    *Slmt hr raya ailfitri, maaf zahir & batin kpd az sefamily..

    ReplyDelete
  2. Biasalah, anak baba..hi2..
    slmat hr raya dari Fina & family..Moga ceria di Aidilfitri..

    ReplyDelete
  3. comelnyer dia berdoa...semoga fina menjadik anak yang solehah...

    ReplyDelete
  4. zaidah : harap2 jadi solehah hingga dewasa. salam aidilfitri..

    ReplyDelete
  5. sejuk perut ibu mengandung...
    Alhamdulillah....

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

28 Minggu