Hari lahir

4 September, ulangtahun kelahiran saya yang ke-28tahun. Tahun kedua bergelar sebagai seorang ibu dan tahun ketiga menjadi seorang isteri. Syukur kerana diberi peluang oleh-Nya dipinjamkan nafas dan nyawa hingga ke hari ini. Andainya ibu saya masih ada, ingin saya nyatakan yang saya amat menghargai dan berterima kasih atas kasih sayang dan kesusahannya melahirkan saya. Tanpa ayah dan mak, saya tidak ada di dunia ini. Terima kasih juga atas ucapan-ucapan hari lahir dari sahabat andai dan saudara mara.

Sambutan hari lahir? Disambut dengan jangkitan virus selsema. Dah 3 hari saya tak sihat badan. Dalam pada tak sihat ni, ada hati nak sambung shopping raya yang masih belum selesai. Untuk Fina, semua dah beli. Cuma nak cari sepit rambut yang sesuai untuk rambut kerinting dia. Abang pula, nak cari baju melayu dan kasut. List untuk saya, nak cari tudung dan kasut. Baju raya saya dah habis shopping, ada yang beli ready made, ada juga yang saya tempah last minit. Handbag, guna yang lama je. Masih elok. Duit raya dah tukar. Tahun ni saya kurang dapat sampul ang pau. Dapat 10keping je sampul free. Kena beli untuk topup ler.

Hingga ke hari ini, saya masih berpuasa penuh. Harap-harap dapat sempurnakan hingga ke hari 30 Ramadhan. Harapan di Hari Lahir :)

Moga saya diberi kebahagiaan, kesejahteraan, kesihatan, kegembiraan, kejayaan, kesenangan dan keredhaan dalam menjalani kehidupan seterusnya. Saya bertuah kerana memiliki sebuah keluarga kecil dan insyaallah akan menjadi semakin besar suatu hari nanti. Moga saya menjadi seorang anak, isteri, ibu, adik, kakak, menantu, mak saudara, cucu, pekerja dan sahabat yang sempurna. Menjadi sebahagian dari hidup mereka semua merupakan suatu pengalaman berharga dan bermakna dalam hidup saya. Salam hari lahir di bulan Ramadhan yang mulia.

Comments

  1. Selamat Hari Lahir Az..
    Semoga dimurahkan rezeki dan kesihatan yang baik..
    Frenz never ends k..
    Take Care..
    :)

    ReplyDelete
  2. Afne : tq dear:)
    Mai : BFF ler kita eh :) TQ!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

28 Minggu