Ayra Nasuha

Alhamdulillah, sahabat saya FID telah selamat melahirkan seorang puteri yang dinamakan AYRA NASUHA
Lebat rambutnya, muka comel sangat. Macam anak jepun:) Geram tengok. Rasa nak bawa balik jer. Semalam Ayra baru berusia 4 hari. Tapi sudah pandai reject direct BF dan telah dicampur dengan susu formula. Sayangnya... Mungkin kerana masalah keliru puting seperti yang saya baca melalui n3 mummy aulia. Dan antara sebab lain, Ayra telah diberi susu formula pada awal kelahiran oleh jururawat semasa di hospital kerana Ayra menangis tidak berhenti. Terkilan saya mendengar cerita Fid. Sepatutnya mereka yang berada di bidang Kesihatan adalah berperanan membantu memberi tunjuk ajar dan sokongan kepada ibu-ibu baru untuk BF, bukannya terus mencari jalan mudah.

Situasi yang agak sama masa saya mula-mula bersalin dulu. Hari-hari selepas melahirkan Fina, saya rasa susu badan tiada kerana breast tidak bengkak dan terlalu risaukan anak kelaparan, terus terfikir memilih susu formula sebagai jalan penyelesaiannya. Cuma apa yang berbeza ialah, saya 'terselamat' dari memberikan susu formula kerana suami dan ibu mertua berjaya menghalang niat saya ketika itu.

Saya bukanlah seorang yang 'anti' susu formula dan terlalu pandai dalam bidang BF, cuma saya belajar melalui pengalaman sendiri. Sebagai ibu baru, ibarat memulakan tugas dan tanggungjawab yang amat besar. Semuanya serba baru dan perlu dipelajari. Begitu juga dengan BF. Terdapat masalah dan halangan yang akan ditempuhi. Saya pasti Fid dan suaminya inginkan yang terbaik untuk Ayra. Niat sudah ada, cuma jangan mudah berputus asa dalam menjayakan BF. Masih belum terlewat untuk memberikan susu ibu sewaktu tempoh 2 bulan cuti bersalin walaupun tidak secara exclusive.
Semoga berjaya:)



Ayra lepas ini mesti BF tau. Sedut lemak-lemak mama tu bagi mama slim...hi2



Comments

  1. sayangnya..az, hosp.mana tu?hopefully bkn hosp.kerajaan & bkn hosp.rakan bayi..

    ReplyDelete
  2. memang sayang...dan jgn terkejut..memang salah sebuah hospital gov..sedih:(

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

28 Minggu