Bajet 2011

Pembentangan Bajet 2011 yang melibatkan Penjawat Awam :

Kerajaan memansuhkan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK).
Bantuan khas kewangan sebanyak RM500 kepada penjawat awam gred 54 dan ke bawah, pegawai kontrak dan pesara Kerajaan.
Menaikkan kadar Bantuan Mengurus Jenazah kepada RM3,000.
Menyambung perkhidmatan Pegawai Khidmat Singkat yang akan tamat perkhidmatan pada 31 Disember 2010 untuk tempoh 1 tahun lagi.
Membenarkan pembelian hartanah daripada ibu, bapa, anak dan adik-beradik.
Menaikkan kadar pinjaman kepada RM20,000 untuk kerja-kerja tambahan rumah kos rendah bagi Kumpulan Sokongan Dua.
Menaikkan had kelayakan maksimum pinjaman perumahan kepada RM450,000.


dan yang paling saya suka ialah :


Memberi fleksibiliti dengan menentukan sendiri cuti bersalin sehingga 90 hari kepada penjawat awam wanita tertakluk kepada had semasa 300 hari.

Sumber : - PM Blogs
Selamat menjalankan tugas sebagai Penjawat Awam. Walau apapun jenis pekerjaan dan gred kita, samaada yang berpangkat tinggi atau rendah, semuanya mempunyai peranan masing-masing dalam membantu sektor Awam. Bersyukur dan berterima kasih atas keistimewaan dan pelbagai faedah yang diberikan oleh Kerajaan. Mungkin itu lebih baik daripada mengeluh kerana tidak mendapat bonus tahunan.
Diam tak diam telah 6 tahun saya menjadi Penjawat Awam dan 6 tahun juga di Jabatan yang sama.

Comments

  1. kalau cam tu boleh beanak 3 kali yo la...
    dah had eh 300hari yo....

    ReplyDelete
  2. Sekali servis 300hari. org dah guna 60 hari, jadi tinggal 240 je lagi. maknanya sempat la bersalin 3x lagi dan dpt anak 4org..tak pe lah, family planning..ha2..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

Fina @ klinik Kesihatan Semenyih, Kajang..