Rawatan GG

Kesinambungan selepas checkup Fina di Klinik Kesihatan Kajang, saya ke Unit Pergigian pula sementara Fina dijaga oleh babanya. Dah dekat seminggu gigi belah atas yang berlubang terasa berdenyut-denyut, ditambah kalau makan benda manis. Ngilu je rasanya. Taklah sakit sangat cuma kalau dibiarkan, memang makin besarlah lubang gigi tu. Jadinya, bila dah ada peluang ke klinik, saya pun pergilah menyerah diri ke Doktor Gigi. Ingatkan boleh tampal terus, rupanya kena buat appointment semula untuk tampal. Maklumlah, saya dah lama tak pergi jumpa doktor gigi. Kali terakhir masa 4 tahun lepas di Klinik Putrajaya. Itupun saje2 nak 'cuci' gigi. Konon nak putih sikit ler gigi tu..
Lepas jumpa doktor, dia pun check gigi saya dan cakap memang 'PERLU' tampal gigi yang berlubang tu. Nurse check tarikh, bulan 2 tahun depan baru boleh datang appointment. Lorr, terkujat saya mendengarnya..Kalau macamtu, memang confirm bukan sahaja berlubang besar gigi saya, silap-silap ada harapan cerah pakai gigi palsu.
Sebab dah berniat nak settlekan juga masalah gigi hari tersebut (dah alang-alang petang tak masuk ofis), saya pun pergi ke Klinik Gigi Swasta. Mula-mula nak ke klinik doktor gigi wanita, tapi memang tak ada jodoh agaknya, klinik tu tutup jam 4 petang. Terus saya dan abang survey klinik gigi lain di area pekan Semenyih. Jumpa sebuah je klinik gigi selepas pusing-pusing mencari. Selalu macam tu, bila tak nak tu, banyak je jumpa klinik, bila dah mencari susah pula nak jumpa. Saya ke Klinik Pergigian Zakwan. Kebetulan masa saya pergi, memang tiada pesakit lain. Tunggu sekejap jer, dah boleh jumpa doktor. Dah nama Klinik Pergigian Zakwan, seharusnya doktornya pun bernama Zakwan la. Baik orangnya, tapi bila cakap dengan nurse, serius gila. Mau stress saya kalaulah saya jadi nurse doktor tu..hi2..
Doktor tu check dulu semua gigi saya, dan kenalpasti ada 3 batang gigi yang perlukan rawatan. Sebelum bersetuju, saya tanya dulu berapa kosnya. Ye lah, takut tak cukup duit nak bayar pula. Kos rawatan lebih kurang rm60-RM70 untuk sebatang gigi. Kalau cuci, tambah RM50. Doktor Zakuan syorkan samaada untuk rawat gigi yang memang betul-betul berlubang tu dulu, ataupun boleh buat semua sekali. Terpulang pada saya. Bila dah kira-kira bajet, dan mengambil kira 'alang-alang menyeluk pekasam..biar sampai ke lubang gigi', saya pun mengambil keputusan untuk menerima rawatan bagi 3 batang gigi tersebut. Dah menyerah diri, buat jelah semua gigi tu sekali. TAKUT??? Adalah sikit-sikit. Tambah-tambah lagi bila dengar mesin gigi tu macam bunyi gerudi je..Terangkat-angkat kaki sambil pejam mata bila mesin tu kena pada gigi. Teringat zaman-zaman sekolah rendah dulu. Lepas plaster gigi dengan benda yang warna 'besi' tu, kadang-kadang tertanggal balik besinya. Kalau cabut pula, siap letak kapas gigi kat tepi mulut. Dah tua-tua ni, memang selagi tak sakit, selagi itulah jangan harap nak ke Klinik Gigi.
2 gigi belah gusi bawah, ditampal macam biasa. Cuma belah gusi atas, lubangnya dah kena saraf gusi. Terasa sakit sangat bila kena mesin gigi. Jadi Doktor Zakuan cakap perlu bius. Sukaati doktor lah, yang penting saya tak tengok langsung bila dia cucuk jarum bius ataupun menampal gigi saya. Pejam mata je la, konon-konon cool. Tapi dalam hati, cuak semacam. Lepas bius, memang tak terasa langsung doktor tu godek-godek lubang gigi saya. Mulut rasa bengkak kesan bius. Lebih kurang 2 jam, bertarung gigi, maka selesailah penyerahan diri saya. Gigi belah bawah tak rasa sangat, cuma terasa kesan bius kat gigi belah atas. Doktor Zakuan cakap, kemungkinan lepas habis kesan ubat bius, saya akan rasa sakit. Jadi dia akan berikan ubat ponstan untuk tahan sakit, dan sekiranya masih sakit berlarutan, dia minta saya datang ke Klinik semula.
Mula-mula rasa tak selesa dengan simen baru, tapi lama-lama rasa ok. Cerita pasal simen, tampalan gigi sekarang tak guna simen macam zaman-zaman sekolah. Simen gigi sekarang sama warna dengan warna gigi dan lebih kekal lama. Lepas ini, saya nak dapatkan rawatan cuci gigi. Tunggu 2-3 bulan dululah, bagi perasaan 'cuak' tu hilang dulu. Sepatutnya, rawatan gigi salah satu rawatan penting yang perlu dilakukan secara berkala seperti rawatan kesihatan tubuh badan. Cuma, perasaan negatif dan takut dari kecil yang membuatkan rawatan gigi tidak begitu dititik beratkan. Bila dah sakit, baru nak check gigi ~ macam saya lah:)

Comments

  1. My partner and I stumbled over here by a different page and thought I might check things out.
    I like what I see so now i am following you.
    Look forward to finding out about your web page for a second time.


    my weblog cheap ralph lauren

    ReplyDelete
  2. salam sis. tumpang tanya, klinik pergigian perempuan yang sis maksudkan tu di mana ye? Dan apa nama klinik tersebut. Terima kasih.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

28 Minggu