Cuci gambar

Dah duduk je kat rumah, saya penuhi masa dalam pantang untuk cuci gambar di EOE. Jadi sedikit sebanyak, ada kerja nak dibuat. Tangkap gambar anak-anak dan cuci. Lagipun harga print di sini lebih murah daripada cuci di kedai. Saiz 4R hanya 30 sen sekeping sahaja.
Kalau lebih pembelian dengan harga RM35 penghantaran percuma.
Jimat bukan.
Dulu-dulu ada cuci, tapi dah lama tak terusik gambar-gambar yang disimpan dalam komputer. Lagipun nak kumpul banyak dulu, baru senang sekali cuci.

Rasa puas kalau tengok gambar dicetak dan diletak dalam album.
Dan setiap gambar mempunyai nilai 'kenangan' serta ada cerita di sebaliknya.
Lagipun kalau tidak dicuci, lama-lama hilang softcopy, hilang juga gambar-gambar lama.
Lebih-lebih lagi gambar anak-anak membesar.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

28 Minggu