Fiqah 3 Tahun

Kek Birthday Fiqah Alhamdulillah, puteri kedua kami telah genap berusia 3 tahun pada 25 Disember 2014. Fiqah seorang yang mudah untuk dijaga dari sejak awal kelahirannya. Tidak banyak ragam, tidak pandai meminta mengikut kehendaknya seperti permainan atau apa sahaja. Seorang yang lembut bila bercakap. Pandai berdikari. Cepat belajar bercakap tapi masih pakai pampers lagi. Potty training mama tak sempat nak ajar sebab baru sehari mama ajar, dia dah keluarkan poo poo tepi kepala mama masa mama baring. Masa akak Fina dulu, potty training masa saya dalam pantang. Jadi ada banyak masa untuk Fina belajar sendiri. Potong kek LOVE Sepatutnya kalau ikut tahun, tahun depan Fiqah boleh bersekolah di Taska di usianya memasuki 4 tahun. Namun saya rasa Fiqah masih kecil untuk bersekolah. Jadi saya rancang untuk Fiqah sekolah pada 2016 ketika usianya memasuki 5 tahun . Doa mama dan baba, semoga Fiqah membesar dengan sihat. Dikurniakan kecerdikan akal fikiran. Dilindungi oleh Al...